Sunday, 19 February 2012

SERBA SERBI TENTANG GANDUM




Pokok Gandum (bahasa Inggeris: wheat) tergolong dalam famili rumput dan merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepas jagung; ketiganya adalah padi. Nama botaninya Triticum spp. Bijiran gandum merupakan makanan ruji yang digunakan bagi menghasilkan tepung. Sekamnya boleh dipisahkan dan dihancurkan menjadi bran. Gandum juga ditanam khusus untuk tanaman ragut bagi ternakan dan untuk menghasilkan jerami.



Gandum yang ditanam bermula di [Asia Barat Daya]] di kawasan yang kini dikenali sebagai "Sabit Subur" (bahasa Inggeris: Fertile_crescent). Bukti cari gali tertua bagi penanaman gandum datangnya dari Syria, Jordan, Turki, Armenia, dan Iraq. Sekitar 9,000 tahun dahulu, Gandum Einkorn ("einkorn" dalam bahasa Jerman membawa maksud harfiah "satu butir") liar dituai dan ditanam dalam apa yang telah dikatakan bukti arkeologi pertama pertanian di Sabit Subur. Sekitar 8,000 tahun dahulu, melalui mutasi berlaku dalam Gandum Emmer yang menghasilkan tumbuhan dengan benih yang lebih besar, tetapi tidak mampu disebar oleh angin (sila lihat Pertanian). Walaupun tumbuhan ini tidak mampu hidup meliar, Gandum Emmer telah menghasilkan lebih banyak makanan bagi manusia, berbanding gandum yang lain. Dalam ladang yang ditanam, pokok Gandum Emmer telah mengatasi tumbuhan lain yang mempunyai biji benih lebih kecil yang mampu bercambah sendiri, dan menjadi leluhur bagi jenis gandum moden. Leluhur liar Triticum turgidum dicoccoides (Körn.), salah satu bentuk Gandum Emmer (Triticum turgidum dicoccum (Schrank.)) tanaman yang terawal, telah dijumpai di kawasan Palestin oleh Aaron Aaronsohn pada tahun 1906. Penanaman gandum mulai tersebar ke Eropah pada permulaan Zaman Neolitik.


Genetik dan penanaman gandum.

Genetik gandum adalah lebih rumit berbanding genetik haiwan ternakan. Sebilangan spesies gandum merupakan poliploidi yang stabil, dan mempunyai lebih daripada dua set kromosom diploid. Banyak jenis gandum tidak berbeza hanya dari segi genom tetapi juga dalam bilangan genom yang dipunyai. Empat daripada lima jenis gandum yang paling biasa adalah hasil pengacukan. Gandum Einkorn adalah baka diploid (2x kromosom) yang boleh dianggap sebagai "leluhur" gandum. Gandum Einkorn menghibridkan dengan rumput diploid liar (Triticum speltoides, Triticum tripsacoides, atau Triticum searsii) untuk membentuk baka tetraploid (4x kromosom), iaitu Gandum Emmer dan Gandum Durum. Gandum Emmer dan Gandum Durum pula menghibridkan dengan lagi sejenis rumput diploid liar (Triticum tauschii) untuk menghasilkan baka heksaploid (6x kromosom), iaitu Gandum Spelta (Triticum spelta) dan Gandum Biasa (gandum yang digunakan untuk membuat roti). Adakah Gandum Emmer dihibridkan secara semula jadi ataupun dengan senjaga merupakan satu persoalan yang dapat dipertikaikan. Pengacukan kedua-dua leluhur Gandum Emmer memerlukan mutasi penduaan kromosom yang merupakan satu mutasi yang tidak boleh kekal secara semula jadi melebihi beberapa generasi. Kesemua kejuruteraan genetik (pengacukan) ini dilakukan beribu-ribu tahun dahulu oleh petani kuno yang tidak sedar akan genetik moden atau kesulitan untuk menghibridkan tumbuhan-tumbuhan poliploidi.


Kultivar

Terdapat banyak sistem pengelasan taksonomi yang telah digunakan untuk spesies gandum, dan nama yang digunakan bagi setiap spesies gandum dalam sesuatu sumber maklumat mungkin berbeza dengan nama yang digunakan oleh sumber maklumat yang lain. [1] Kultivar gandum dikelaskan mengikut:

musim bertumbuh, umpamanya gandum musim sejuk lawan gandum musim bunga; dan
kandungan gluten, umpamanya gandum keras (kandungan gluten yang tinggi) atau gandum lembut (kandungan kanji yang tinggi).




Statistik penghasilan dan penggunaan Guni gandum

Pengeluaran gandum sejagat berjumlah 624 juta tan pada tahun 2004, dengan pengeluar gandum terbesar merupakan:
China: 91.3 juta tan
India: 72 juta tan
Amerika Syarikat: 58.8 juta tan
Persekutan Rusia: 42.2 juta tan
Perancis: 39 juta tan
Jerman: 25.3 juta tan
Australia: 22.5 juta tan
Pada tahun 1997, penggunaan gandum per kapita di seluruh dunia ialah 101 kilogram, didahului oleh Denmark dengan 623 kilogram.


Untuk tujuan pasaran komoditi, bijirin gandum yang dituai dikelaskan mengikut ciri-ciri bijirin. Pembeli gandum menggunakan ciri-ciri ini untuk memutuskan jenis gandum yang dibeli kerana setiap kelas mempunyai kegunaan khusus. Penghasil gandum pula menggunakan sistem ini untuk menentukan kelas gandum yang lebih menguntungkan untuk ditanam. Gandum banyak ditanam sebagai tanaman kontan disebabkan hasil yang baik dari segi keluaran setiap ekar. Tambahan pula, pokok gandum tumbuh dengan mudah dalam cuaca serdahana walaupun musim tumbuh pendek sahaja, dan menghasilkan tepung yang bermutu tinggi untuk kegunaan-kegunaan yang meluas. Kebanyakan roti dihasilkan menggunakan tepung gandum, dengan banyak roti dinamakan sempena bijiran lain yang terdapat dalamnya, termasuk roti rai dan oat. Banyak makanan popular yang lain juga diperbuat daripada tepung gandum, dan menyebabkan permintaan bijiran gandum yang besar, termasuk ekonomi yang mempunyai lebihan makanan. 




Gandum boleh dikelaskan kepada dua pembahagian utama, walaupun setiapnya merangkumi beberapa subbahagian. Yang pertama merangkumi kesemua kepelbagaian gandum merah. Pembahagian kedua merangkumi kesemua kepelbagaian gandum putih yang boleh dipecahkan lagi kepada bersekam tebal dan bersekam nipis. Gandum jenis bersekam tebal ditanam secara meluas sebelum 1799, kerana jenis ini menghasilkan tepung terbaik dan pada musim kering, jenis ini menghasilkan sama banyak dengan jenis berkulit nipis. Bagaimanapun, jenis bersekam tebal lebih mudah dijangkiti kulapuk, sementara jenis bersekam nipis lebih lasak, dan secara umumnya lebih tahan kulapuk. Dengan itu, akibat serangan kulapuk yang meluas pada 1799 memulakan peralihan perlahan-lahan kepada penanaman gandum jenis bersekam tebal.



ikhsan wiki...

No comments:

Post a Comment